Oh hye . didn’t see you there . lately aku tidak mendapat rest yang cukup . penat of course . raya pun nak dekat . macam2 nak kena prepare . well speaking of raya , yesterday aku pergi Bandar untuk membuat persiapan terakhir . bagi seorang jejaka seperti aku , membuat persiapan terakhir raya tidak mengambil masa yang lama seperti seorang gadis . then apabila telah selasai , aku sedari masih ada baki masa selama 1 jam sebelum berbuka . ah , rasanya aku sudah puas mengelingi mall itu . jadi aku mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung aku di satu sudut dimana terdapat kerusi disitu .
Setelah melabuhkan punggung aku , aku membuka helaian2 naskah buku yang baru aku beli sebentar tadi . ketika ak sedang khusyuk minum air membaca , terdapat seorang gadis semasa datang dan duduk sebelah aku . comel . dengan shawl berwarna coklat cair . ehem . kemudian dye memandang aku kerana sedar aku sedang usha dia . sebagai seorang jejaka , aku melemparkan senyuman dan kemudian kembali membaca .
Ketika aku sedang khusyuk membaca , ade merasa seolah diri ini sedang diperhatikan . aku syak gadis bershawl coklat ni sedang memerhatikan aku . tapi aku cool . xkan nak gelabah tetibe dan sound dye kan apesal usha gua . aku buat bodo dlu . tgok mcam mne reaksi dye . then aku rase seperti dye xmemalihkan pandangannya dari aku . so sebagai seorang jejaka yang mengambil berat, aku memandangnya tepat ke matanya . ternyata dia kurang selesa . oleh kerana aku seorang yang caring , aku bertanya kepadanya mengapa dia memandangku dengan pandangan sedemikian rupa .
Ternyata dia menjadi serba salah untuk menjawabnya . terpancar riak kegelisahan diwajahnya . sebagai lelaki yang bermulut manis prihatin , aku menukar topic kepada yang lebih santai . strategi aku berjaya . kami semakin rancak berbual . bermula dari topik quantum mechanics hingga ke nikolas tesla . aku amat senang sekali berbual dengannya walaupun baru mengenalinya 15 minit . ketika dia sedang mengeluarkan hujah mengenai mass-energy equivalence , terdengar melodi indah berkumandang . oh rupanya telefon bimbit aku berdering . iana daripada seseorang yang aku kenal . aku menjawab .
Setelah selesai menjawab , aku rasa sudah tiba masanya aku beredar . tapi sebelum beredar , aku mengajukan soalan mengapa dia memandang aku dgan khusyuk sekali . ya , ternyata kali ini dia selesa untuk menjawab persoalanku . walau begitu , dia mengambil beberapa ketika untuk menjawab . bila sudah bersedia , dia mula menjawab dengan seukir senyuman . manis . sangat menawan senyuman itu . ehem . dia kata bila memandang muka aku , ia mengingatkan dia kepada tunang dia yang telah meninggal 3 tahun lepas . ketika itu dia berumur 19 tahun . aku bermonolog dalaman . awal sungguh gadis ni bertunang . umur 19 dah bertunang . haih .

dia kemudian menyambung dengan mengatakan supaya aku tidak lagi memandang mana2 gadis tepat kedalam mata . aku agak terperanjat dengan kenyataan beliau . apabila ditanya mengapa , dia mengatakan bahawa pandangan mata aku bole menggoyahkan hati seorang wanita . dia menyambung lagi bahawa pandangan mata aku menampakkan kekhilafan but in the same time , humble and honest . aku tidak faham apa yang dia maksudkan . aku hairan kenapa dia secara tiba2 bermain bahasa .
oleh kerana waktu berbuka semakin hampir , aku mengambil keputusan untuk beredar dari situ . sebelum beredar , aku menyampaikan salam perkenalan nama . dia membalas dengan riak yang sukar dibaca . aku tidak pasti sama ada dia sedih , kecewa atau letih . atau mungkin terkenang bekas tunang dia . kemudian aku meninggalkan dia sendirian dan keliru di kerusi itu tanpa meminta emel , fb , twitter mahupun nombor talifon . nombor ic apatah lagi .
dalam perjalanan pulang dari solat terawih , beberapa soalan mula bermain didalam fikiran aku . antaranya :
1 . why the hell aku can have light conversation with a total stranger . without any attention .
2 . gadis itu , Aizureen , bukan orang pertama kata muka aku resemble kepada orang yang dia kenal . sedara mara aku pun sama . mak cik aku ckap bile dye tgok aku , resemble mcam menantu dye kat luar Negara . kawan2 aku pun sama . parent depa kata muka aku resemble somebody that they know . BETUL KE ?
3 . betul ke pandangan mata aku boleh menggoyahkan hati wanita ? gadis tu ckap , bukn aku ckap . dye cakap mata aku berbeza dgan mata orang lain . mata aku menunjukkan kesayuan , tapi bukan kerana kesedihan . tapi ia melambangkan keredupan dan ketenangan apabila melihatnya .BETUL KE ?
4 . what the hell is kekhilafan but in the same time , humble and honest ? siyes xbole brain . APA MAKSUDNYA ?
Begitulah kisah saya dengan gadis
No comments:
Post a Comment