Yawnnn . sungguh ngantuk sekali deh . banyak nak kena setelkan sejak kebelakangan ni . but don’t worry peeps , k kembali dengan entry terbaru beliau . hahahaha . semalam kan mase aku tengah stalker orang kat melayari facebook , aku ternampak ada orang upload 1 gambar . dalam gambar tu ade ayat . bile aku baca je ayat tu , peh ! aku tersentuh jugak lah . why the hell sejak 2 menjak ni aku jadik dalam hati ada taman ek . hahahaha . nah enjoy cerpen ringkas saye . dapat idea ni dari gambar yang aku jumpe kat fb .
Aku terima panggilan dari rakan lamaku . ajak lepak katanya . masing2 setuju .Setelah setting tempat , aku bersiap . bagi seorang lelaki seperti aku , tidak mengambil masa yang lama . hanya sarung seluar jeans , dan sembur sedikit pewangi . dah siap . aku mencapai kunci kereta dan menghidupkan enjin kemudian bergegas ke lokasi yang dijanjikan . setelah tiba , aku memesan the o limau panas . sementara menunggu rakan2 ku yang lain , aku memerhati keadaan sekelilingku . ahhh , hujung minggu . ramai yang mengambil kesempatan keluar dengan buah hati masing2 . aku ? hanya duduk menunggu rakan . biaselah , forever alone .
Setelah menunggu agak lama , akhirnya rakan2 ku tiba . ah , lama rasanya xlepak sebegini . malam tu memang meja kami paling meriah . tiba2 , telefon kawan aku berbunyi . salah seorang dari kami sempat memandang . ternyata ianya daripada buah hatinya . but then , dia memilih untuk tidak menjawab . kami semua terkejut . jarang dia bertindak sedemikian rupa . dengan senyuman yang tawar , dia menceritakan mengenai buah hatinya selingkuh . wow , kami terkejut 2 kali ganda . malam tu selama 1 jam lebih kami menjadi tempat dia memaki hamun . aku paham derita yg dialami . yelah , bila orang yang ita sayang , menyayangi orang lain , memang perit . aku pernah laluinya .
Apabila hari sudah lewat malam , masing2 mengambil keputusan untuk pulang . ketika aku memandu , aku msih terngiang lg cerita kawan aku tu . aku mengambil keputusan untuk berhenti seketika di sebuah tasik . cahaya lampu yang samar2 cukup untuk menerangi tasik tu . kebetulan bulan mengambang penuh . so tiada kebimbangan . aku lihat ramai anak2 remaja berpeleseran disitu . jam menunjukkan jam 12.30 malam .aku duduk di bangku bedekatan tasik itu . tanpa ku sedari ade seseorang duduk disitu . ah , abaikan .
Diterangi cahaya bulan , aku berfikir . kalaulah 1 hari nanti aku dah ada teman hidup , then 1 hari nanti , dye curang belakang aku . ape aku akan buat ? wah apesal aku bole terfikir jauh sangat ek ?
Then aku mengambil keputusan untuk tegur orang disebelah aku . oh , gadis rupanya . aku melihat dia termenung kearah tasik hingga tidak sedar aku sedang memerhatikan beliau . lama juga aku memerhatikannya . comel . rambut paras bahu , dan matanya sungguh sayu sepertinya ada masalah . kebetulan ditangan aku terdapat sedikit coklat . sebagai pembuka bicara , aku menawarkanya beliau coklat ditangan ku . without hesitate , dia mengambil sambil melemparkan senyuman tidak bermaya beliau diiringi ucapan terima kasih . ah , sunyuman yg cukup humble . hampir jatuh cinta dibuatnya aku . haha . tapi usha awek ditempat awam bukan style gua . dengan nada mendatar aku cuba untuk berborak dengannya . pada mulanya dia agak tidak layan . ditanya sepatah , jawab sepatah . oleh kerana amat terganggu dengan layanan sebegitu , aku abaikan je dia .

jadi kucing lg senang . xbanyak masalah .
credit : kami pecinta kucing
Then telefon aku berbunyi . oh , bonda aku rupanya . biasalah kalau bonda yg telepon , soalan apa lg yg ditanya kalau bukan bila hendak pulang . haihh , baru nak feeling2 sket . setelah tamat berborak , aku mematikan talian . then aku perasan gadis disebelah aku usha badi aku semacam jeee . aku curiga . kami berbalas pandangan . aku merasakan ada kimia antara kami . haha . kemudian dia memulakan bicara . lahhh , nak pinjam telefon rupanya . awat x habaq . tengok macam nak makan orang je . haihhh .
Ketika membuat panggilan , aku lihat dia sedang argue dgan seseorang .wah , serius bunyinya . beberapa ketika kemudian , die mematikan talian dan memulangkan kembali talifon bimbitku . aku melihat dia menangis sendirian . wah , ni yang tak best ni . aku ni pantang tengok gadis2 menangis . lemah jadiknye . aku membiarkan tangisannya reda dahulu . setelah tangisannya beransur hilang , aku menawarkan coklat yang berada ditanganku . ketika dia menjamah coklat , aku bertanyakan mengapa beliau menangis .
Dengan nada suara yang lemah , dia menceritakan mengenai buah hatinya yang curang didepan matanya . aku bentak didalam hati . ah sudah , tadi lelaki , ni pompuan plak . memang hari ni hari curang sedunia ke ? haha . sedar tak sedar , sudah hampir sejam juga dia berbicara . siap nasihat aku bagai beb jgan curang and so on . aku layankan aje . haha .
Then tetibe dia tanya aku klau perkara ni terjadi kat aku , apa aku akan buat ? wah soalan dye ganas betol . aku terdiam sebentar . memikirkan apa jawapan sesuai yang harus ke berikan . setelah bersedia untuk menjawab , aku menarik nafas panjang . lalu ku katakan aku hanya mampu duduk bersujud dan berdoa agar cepat dipulangkan senyuman aku walaupun aku tahu ianya amat sukar sekali . then beliau bertanya lagi . kenapa pula begitu aku membalas kembali . aku belajar melupakan seseorang yang melupakan aku . aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku . aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi . tetapi satu yang tidak boleh aku pelajari adalah aku harus tersenyum disaat orang yang aku sayangi , menyayangi orang lain .
Kemudian telefon dia berbunyi . rupanya rakannya telah tiba untuk mengambil dia pulang . aku melihatriak wajahnya berubah . dengan melemparkan senyuman yang manis , dia berkata “bertuah siapa dapat awak nanti” dan terus berlalu pergi . meninggalkan aku terdiam dan terkesima dengan senyumannya . satu senyuman yang sangat ihklas . peh , bole gila bayang ni . haha . . . aku pulang kerumah degan 1 jawapan yang pasti . jawapan yang aku rasa hanya aku dan dia sahaja tahu . xkira walau bagaimanapun kita mencuba , sukar untuk kembalikan senyuman kita yang dahulu bila orang yang kita benar2 sayang , menyayangi orang lain . . .
Well , begitulah cerpen ringkas aku mengenai gambar yang aku jumpe kat fb . aku nak share gambar tu , tapi malas plak . hahaha . sometime , having a conversation with a stranger is safe rather than someone we know . kthxbai sebab rajin bace blog aku . ehem .